Apa yang anda sedang fikirkan mengenai tajuk diatas? Bagi yang dahaga, tentu enak sekali dapat meminum air yang sejuk dan menyamankan, betul tak?
Soalan lazim lain pulak ialah adakah gelas itu separuh penuh atau separuh kosong?
Sambil teringat kuliah dengan Prof Ahmad Rahman Songib (UTM-KLIA), maka soalannya berbunyi begini, adakah gelas itu dapat menampung air yang bakal dicurahkan kedalamnya?
Persediaan mental diperlukan untuk menerima sesuatu (ilmu, kekayaan dll) melebihi dari apa yang diharapkan. Ini adalah kerana, jika kita tidak menyediakan gelas yang lebih besar atau banyak, air yang akan dicurahkan, walau sebanyak mana sekalipun, yang tinggal hanyalah yang masih berada didalam gelas tersebut. Jika persediaan yang rancang dengan rapi tidak dibuat, segala pelaburan dan usaha akan menjadi sia-sia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan