Khamis, 15 Oktober 2009

PLUS dan 20% Diskaun

Plus sekali lagi menawarkan diskaun perjalanan untuk pengguna lebuhrayanya sehingga 20% sempena sambutan Depavali 2009 (lihat disini). Betulkah semua pengguna mendapat manafaatnya?
Pada perjalanan balik kampung sempena sambutan Hari Raya yang lalu, saya sedaya upaya cuba untuk mendapatkan rebat tersebut, tetapi tidak berjaya. Kenapa?
Rasionalnya bagi perjalanan dari Lembah Kelang ke Perlis mengambil masa antara 6 hingga 7 jam dengan kelajuan malar 110km/jam. Dengan syor yang dikemukakan oleh Plus melalui cadangan waktu perjalanan dilebuh raya iaitu diantara 6 pagi sehingga 12 tengahari, mustahil untuk saya menikmati rebat/diskaun tersebut. Jika saya memulakan perjalanan pada jam 12 tengahari pun, saya akan sampai di tol terakhir (Alor Setar Utara) paling tidak jam 7 malam. Mana mungkin saya dapat menikmati rebat/diskaun tersebut.
Pada musim perayaan raya puasa yang lepas, saya memulakan perjalanan ke Perlis pada jam 3 petang dari Puchong dan memasuki tol Jalan Duta sekitar 3.45 petang. Berbuka puasa didalam perjalanan sekitar Ipoh dan berhenti rehat di R&R Gunung Semanggol jam 8 malam. Selepas menunaikan kewajipan dan sebagainya sekitar jam 9.30 malam, saya harus menunggu sekitar 2.30 jam untuk menikmati rebat/diskaun di Juru. Berbaloikan menunggu 2.30 jam untuk mendapatkan rebat/diskaun sekitar RM 8.50. Fikirkanlah.
Cadangan saya, jika Plus betul-betul nak menolong pengguna lebuhrayanya, sediakan satu atau dua hari selama 24 atau 48 jam untuk memberikan rebat/diskaun. Kaji semula cadangan waktu perjalanan dilebuh raya untuk memberi peluang kepada semua pengguna menikmati rebat/diskaun tersebut. Jika tidak pun, jangan menawarkan apa-apa kepada pengguna atau apa-apa cadangan yang membolehkan pengguna menilai semula keikhlasan tawaran tersebut. Buat pengguna pening kepala saja.
Wassalam