Isnin, 21 Disember 2009

Streamyx

Aku apply streamyx bulan 10 lepas, lebih kurang 1hb kalau tak silap. Dua tiga hari lepas tu aku gi tanya kat kedai, baru dia bagitau yang pot kat area rumah aku dah penuh...

dua minggu lepas tu, dapat pulak surat dari tm mengatakan yang perkhidmatan belum dapat dibekalkan, tak bagi tau yang pot tak de pun...

Pagi tadi 21/12/09, lebih kurang pukul 10, orang tm talipon mengatakan nak pasang modem streamyx kat umah aku. Tak pa lah... budak2 cuti sekolah jadi aku suruh dia datang je kat umah aku jam 12 tengah hari. dia tanya aku ada pc tak, jadi aku kata dia boleh set kat netbook isteri aku.

Jam 2 petang aku talipon isteri aku dan dia kata yang pemasangan telah siap, dan streamyx boleh guna. Jadi okey lah tu... Kira pi, kira mai, adalah lebih kurang dua bulan setengah aku dok tunggu...

la ni, apa aku nak buat dengan "berok bad sekor" yang aku dah beli nie... nasib baik aku amik tanpa kontrak... bila-bila aku boleh POTONG.... tak tau lagi kena penalti atau tidak... yang pasti modem berok ban tu aku punya... nak jual kat lelong pun murah sangat... nampaknya boleh simpan la modem tu....

tm bagi aku modem jenis riger dengan wifi... ni dia wajah modem tu...

tak tau la performance dia lagi sebab baru 12 jam aku guna...






wassalam

Khamis, 15 Oktober 2009

PLUS dan 20% Diskaun

Plus sekali lagi menawarkan diskaun perjalanan untuk pengguna lebuhrayanya sehingga 20% sempena sambutan Depavali 2009 (lihat disini). Betulkah semua pengguna mendapat manafaatnya?
Pada perjalanan balik kampung sempena sambutan Hari Raya yang lalu, saya sedaya upaya cuba untuk mendapatkan rebat tersebut, tetapi tidak berjaya. Kenapa?
Rasionalnya bagi perjalanan dari Lembah Kelang ke Perlis mengambil masa antara 6 hingga 7 jam dengan kelajuan malar 110km/jam. Dengan syor yang dikemukakan oleh Plus melalui cadangan waktu perjalanan dilebuh raya iaitu diantara 6 pagi sehingga 12 tengahari, mustahil untuk saya menikmati rebat/diskaun tersebut. Jika saya memulakan perjalanan pada jam 12 tengahari pun, saya akan sampai di tol terakhir (Alor Setar Utara) paling tidak jam 7 malam. Mana mungkin saya dapat menikmati rebat/diskaun tersebut.
Pada musim perayaan raya puasa yang lepas, saya memulakan perjalanan ke Perlis pada jam 3 petang dari Puchong dan memasuki tol Jalan Duta sekitar 3.45 petang. Berbuka puasa didalam perjalanan sekitar Ipoh dan berhenti rehat di R&R Gunung Semanggol jam 8 malam. Selepas menunaikan kewajipan dan sebagainya sekitar jam 9.30 malam, saya harus menunggu sekitar 2.30 jam untuk menikmati rebat/diskaun di Juru. Berbaloikan menunggu 2.30 jam untuk mendapatkan rebat/diskaun sekitar RM 8.50. Fikirkanlah.
Cadangan saya, jika Plus betul-betul nak menolong pengguna lebuhrayanya, sediakan satu atau dua hari selama 24 atau 48 jam untuk memberikan rebat/diskaun. Kaji semula cadangan waktu perjalanan dilebuh raya untuk memberi peluang kepada semua pengguna menikmati rebat/diskaun tersebut. Jika tidak pun, jangan menawarkan apa-apa kepada pengguna atau apa-apa cadangan yang membolehkan pengguna menilai semula keikhlasan tawaran tersebut. Buat pengguna pening kepala saja.
Wassalam

Rabu, 16 September 2009

Kamera Baru

Nikon Malaysia melancarkan kempen 'Raya Carnival' dari 4 hingga 30 September 2009.

Ingat tak nak tukar CoolPix L10 (5MP) aku nie... baru beli tahun lepas.... tapi tak tertahan dengan harga L19 (8MP) & L20 (10MP) yang berharga RM398 dan RM428 siap dengan 2GB, Case dan Mini Tripod. Kalau ikutkan S220 (10MP) (RM598) lagi best sebab ada VR (vibration reduction), tapi jurang harga agak besar dengan L20. Lagipun S220 menggunakan bateri rechargeable Nikon, susah sikit sebab bateri mahal kalau nak beli buat spare (ganti).

L19 & L20 menggunakan bateri AA biasa. Aku dah ada dua/tiga set bateri rechargeable jenis GP 2100mAH / 2700mAH, jadi selamat belanja sikit, lagi pun pengantian bateri agak mudah didapati diwaktu kecemasan (bateri AA alkali),

Dari 2004 hingga kini, aku dah menggunakan 3 biji digital kamera, iaitu CoolPix 2100 (2.1MP - along pakai), L10 (5MP - aku guna lagi) dan terbaru L20 (10MP). Harap2 L20 nie aku akan pakai lama sikit, sebab tengok2kan trend resolution kamera digital nie... dok main dalam 12 ~ 15MP saja.... tak taulah mungkin tahun depan dah mula 20 ~ 30 MP pulak...

Jenama, aku masih bertahan dengan Nikon, walaupun SLR aku Minolta Dyna 3000i... tentang DSLR... dah tak larat nak main kamera... cukuplah dengan P&S (point & shoot ie. compact) saja...

L20 nie aku beli di Bangi Utama, dekat kedai kamera MU, sampai dah 9.45mlm, taukeh dah nak tutup kedai, tak banyak cakap, cuma aku minta tukar case untuk upgrade memori ke 4GB. Tak banyak cakap dan tawar menawar sebab harga dalam musim promosi... bagi duit... ambik barang dan balik...

Akhirnya dapat juga aku beli kamera digital 10MP bawah RM450... Alhamdulillah...

Selamat hari raya aidil fitri....
Salam sejahtera,

Kepada sesiapa yang membuka blog aku ni, aku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Fitri' tahun 2009 (1430H) dan diharap agar dihalalkan makan dan minum, gurau dan senda, kata dan mengata, usik dan mengusik pendek kata, segala salah dan silap aku dengan korang... itu pun kalau ada...

Bersesuaian dengan semangat 1 Malaysia, aku menyeru agar berhati2lah memandu ketempat yang di tuju (kampung, rumah emak-bapak, rumah tunang, rumah aweks, rumah kawan2 dll) dan janganlah nanti kita menjadi penambah statistik ops sikap yang ke-20.

Bagi yang menggunakan laluan lebuh-raya Plus dan LPT, rancangkan perjalanan anda, supaya anda menikmati potongan TOL yang diberikan kepada pengguna2 lebuh-raya. Kalau aku... biasa RM 70 sehala cuma bayar RM 56 saja... berbaki RM 14, lepas salem mentol 14, 2 kotak... Belilah smartag kerana ia menjimatkan masa anda menunggu di rumah tol (aku baru beli minggu lepas harga RM130).

Pastikan rumahtangga anda ditinggalkan dalam keadaan yang paling selamat, tutuplah suis2 elektrik yang mana tidak perlu, tutupkan paip air masuk utama kerumah anda, pastikan setiap tingkap, pintu dan gate dikunci dengan kemas dan jangan lupa gunakan pallet makanan seminggu untuk ikan2 peliharaan anda.

Bagi yang mempunyai IBU dan/atau BAPA, balik lah kekampung halaman dan gembirakanlah hari mereka... sesungguhnya kepulangan anda akan menambah keceriaan mereka dan berharaplah keredhaan mereka dalam menempuh hari2 yang mendatang...

Sekian, wassalam.

Ahad, 8 Mac 2009

Mahasistua



Setelah bertungkus lumus selama satu tahun lebih, saya yang bergelar mahasistua telah menamatkan pengajian saya di BATC, UTM dengan memperolehi Diploma in Facilities Management (Second Class).

Saya sedikit kecewa apabila permarkahan semula yang dilakukan oleh pihak BATC-UTM setelah markah diserahkan oleh pihak KLIA Training & Research Centre Sdn Bhd. Dengan keputusan sebelum permarkahan semula iaitu 3.56 memungkinkan saya memperolehi First Class diploma.

Rakan satu kuliah lagilah kecewa, dimana setelah permakahan semula hanya memperolehi 3.49 dari 3.67 sebelum itu. Tak pa lah Mi.... janji hang lulus, depa yang berkuasa.

Bagi saya, Alhamdulliah kerana dalam usia sebegini masih mampu untuk menyiapkan PMA dan Kertas Projek dengan tugas hakiki seharian disamping tugas sebagai ketua keluarga terutamanya.

Kepada kengkawan yang lain, selamat berusaha dan semula dapat menghabiskan PMA dan Kertas Projek dan menjadi graduan pada tahun ini.

Wasallam