Khamis, 7 April 2011

Bulan-bulan Islam



Ramai yang tidak dapat mengingati nama bulan-bulan didalam kalendar Islam. Saya ingin berkongsi sedikit mengenai bulan-bulan tersebut.

Pada asalnya, nama bulan dalam kalendar Islam berdasarkan keadaan cuaca semasa atau sempena sesuatu peristiwa besar. Perbezaan 11 hari diantara kalendar Islam dan georgian menyebabkan keadaan cuaca tidak lagi relevan dengan keadaan tersebut.

1. Muharram al-Haram (dipendekkan kepada Muharram)
Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

2. Safar
Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

3. Rabiul Awal
Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

4. Rabiul Akhir (atau Rabiul thani)
Bulan kedua musim bunga.

5. Jamadil Awal
Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

6. Jamadil Akhir (atau Jamadil thani)
Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

7. Rejab
Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

8. Syaaban
Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

9. Ramadhan
Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

10. Syawal
Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

11. Zulkaedah
Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

12. Zulhijjah
Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

Bagaimana pula dengan tarikh lahir anda mengikut kalendar Islam? Anda boleh layari beberapa laman web seperti:

Sebagai seorang muslim, kita sepatutnya mengetahui akan nama dan turutan bulan-bulan didalam kalendar Islam. Beberapa amalan wajib dan sunat diamalkan mengikut bulan-bulan tersebut, diantaranya, puasa di bulan Ramadhan, puasa asyura, puasa pada bulan rejab dan sebagainya.

Wasallam...

Tiada ulasan: