Rabu, 29 Disember 2010

Kawin Aida-Arizal



Perkahwinan kali ini adalah antara anak saudara isteriku iaitu Aida dan pasangannya Arizal. Majlis berlangsung di Masjid Dato' Kelana Petra Mubarak Al-Haj dan seterusnya majlis jamuan diadakan di Dewan Besar Gedong Lalang 50 pada 25 Disember 2010.

Majlis resepsi diadakan di Dewan Rajah Brooke, Nilai Spring pada 26 Disember 2010.

Disediakan sedikit gambar yang disedot dari majlis yang telah berlangsung pada 25 & 26 Disember yang lalu.



























Ahad, 19 Disember 2010

Kawin Nazli-Hanie

Anak penakan aku dari abang aku yang sulong telah melangsungkan perkahwinan pada 9/12/2010 di rumah pengantin perempuan di Jitra.

Sedikit gambar dari majlis tersebut yang diambil menggunakan Sony A300 yang baru aku beli pada awal bulan.

Dengan sekali lafaz, sahlah nazli menjadi suami kepada hanie

Doa dibacakan selepas selesai akad nikah.

Pengantin lelaki menurunkan tandatangan.

Giliran pengantin perempuan pulak.

Serah tugas oleh bapa pengantin perempuan.

Acara batal air sembahyang pulak.

Nenek dari kedua belah pihak tumpang gumbira.

Pasangan pengantin dengan ibu-bapa masing-masing.

Aku pun tumpang sekaki dengan isteri aku. Gambar nie semasa kenduri di Jitra, 11/12/2010. he he

Kepada pasangan pengantin, selamat pengantin baru semoga berkekalan sehingga keakhir hayat.

(Maaf, gambar preview kureng ckit)


Sony DSLR A300

Setelah lama tidak berkecimpung dalam arena kamera SLR, maka dengan rasminya aku telah membeli sebuah kamera Sony A300 terpakai.

Kamera ini dilengkapi dengan lense 18-70 3.5/5.6 sebagai standard kitlensenya. Kamera ini dua beradik dengan Sony A350 dimana A300 dengan 10.2 Megapixel dan A350 dengan 14.2 Megapixel.

Kenapa aku tak pilih Canon atau Nikon (peminat setia nikon dengan Coolpix 3100, L10 & L20)? Hanya kerana aku telah mempunyai sebuah kamera SLR Minolta Maxxum 330si (guna filem) dengan lens Quantaray 35-80 yang boleh digunakan pada kamera Sony nie. Minolta dan Sony menggunakan mount jenis A (Alpha mount).

Spesifikasi adalah seperti berikut:
  • 10.2 MP APS-C CCD
  • Real-Time Live View
  • 2.7" Tiltable Variable Angle LCD Screen
  • Smart Teleconvertor Button 1.4x and 2.0 X Zoom
  • ISO range of 100-3200
  • Super Steady Shot In Camera Image Stabilization
  • Dynamic Range Optimizer
  • Anti-Dust Technology
  • Eye Start Auto Focus System
  • Bionz Image Processor
  • 1200 Zone Image metering (Via Live View)
  • Auto Pop-up flash
Gambar kamera yang aku punya.








Aku juga telah membeli satu lagi lens tambahan, Minolta AF 50/1.7, juga terpakai untuk mengambil gambar potret dan juga bermain dengan bokeh.

Cubaan pertama adalah mengambil gambar anak penakan aku nikah di jitra, pada khamis, 9/12/2010 yang lalu.

Disember 2010

Ha... dah 19 aribulan dah. Banyak yang berlaku dalam bulan nie... antaranya aku dah beli kamera DSLR, walaupun bukan baru dan ternama, tapi berbaloi aku rasa sebab aku baru nak belajar balik main kamera SLR .

Anak penakan aku kawin di perlis, lawan dengan orang kedah, jitra to be exact. lepas tu jumpa member lama di BBMB (lepastu Bumiputra Commerce, la nie CIMB).

Balik kampung sebab anak penakan kawin, kereta pula kena overhaul, orang rumah masuk Hospital Tuanku Fauziah.

Nanti la lepas nie aku cerita sikit-sikit... he he