Ahad, 19 Disember 2010

Sony DSLR A300

Setelah lama tidak berkecimpung dalam arena kamera SLR, maka dengan rasminya aku telah membeli sebuah kamera Sony A300 terpakai.

Kamera ini dilengkapi dengan lense 18-70 3.5/5.6 sebagai standard kitlensenya. Kamera ini dua beradik dengan Sony A350 dimana A300 dengan 10.2 Megapixel dan A350 dengan 14.2 Megapixel.

Kenapa aku tak pilih Canon atau Nikon (peminat setia nikon dengan Coolpix 3100, L10 & L20)? Hanya kerana aku telah mempunyai sebuah kamera SLR Minolta Maxxum 330si (guna filem) dengan lens Quantaray 35-80 yang boleh digunakan pada kamera Sony nie. Minolta dan Sony menggunakan mount jenis A (Alpha mount).

Spesifikasi adalah seperti berikut:
  • 10.2 MP APS-C CCD
  • Real-Time Live View
  • 2.7" Tiltable Variable Angle LCD Screen
  • Smart Teleconvertor Button 1.4x and 2.0 X Zoom
  • ISO range of 100-3200
  • Super Steady Shot In Camera Image Stabilization
  • Dynamic Range Optimizer
  • Anti-Dust Technology
  • Eye Start Auto Focus System
  • Bionz Image Processor
  • 1200 Zone Image metering (Via Live View)
  • Auto Pop-up flash
Gambar kamera yang aku punya.








Aku juga telah membeli satu lagi lens tambahan, Minolta AF 50/1.7, juga terpakai untuk mengambil gambar potret dan juga bermain dengan bokeh.

Cubaan pertama adalah mengambil gambar anak penakan aku nikah di jitra, pada khamis, 9/12/2010 yang lalu.

Tiada ulasan: