Ahad, 20 April 2008

Telur atau Ayam?

Telur atau ayam? Satu soalan yang sering dijadikan contoh mengenai keujudan sesuatu benda. Saya akan gunakan persoalan ini dalam kontak pekerja dan majikan.

Seringkali bila kita bertanyakan dengan pekerja, mengapa tidak menunjukkan prestasi yang baik, maka jawapan yang diterima ada berbagai, antaranya "gaji ciput bang, macam mana nak kerja lebih" atau "gaji kecik, kerja kecik bang" dan sebagainya.

Bila persoalan ini ditanyakan kepada majikan, mengapa membayar gaji yang rendah atau tidak menaikkan gaji pekerja, maka jawapannya adalah, "mereka tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik" atau "tiada komitmen pada kerja", "kerja main-main" dan sebagainya.

Bagi saya, sebagai pekerja, seseorang itu hendaklah menunjukkan komitmen atau kesungguhan dalam menjalankan sesuatu tugas yang diberikan dengan sebaik mungkin. Jika tidak mendapat cukup peruntukan dari syarikat, anda bolehlah menggunakan kemudahan yang lain atau kemudahan alternatif. Bagai kata orang tua-tua, tiada rotan akar pun berguna.

Sebagai majikan, pemantauan keatas pekerja hendaklah dijalankan secara berhemah. Pada pekerja yang menunjukkan prestasi yang memuaskan, hendaklah dibayar dengan setimpal.
Berbalik kepada persoalan telur atau ayam, hanya pengkaji sejarah atau biologi yang mempunyai jawapannya. Kedua-duanya adalah makanan untuk menerus kehidupan manusia. Fikir dan renungkan.

Wassalam.

Selasa, 15 April 2008

Kenapa SHAHARAB

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai orangyang bertanya kenapa saya menggunakan "nickname" tersebut. Sejarahnya bermula bilamana saya mula-mula menggunakan sistem "messaging" pada sistem "mainframe" pada penghujung tahun 1980an dimana sistem komputer masih terlalu mahal dan ruangan simpanan adalah terhad.

Dengan kapasiti yang terhad, setiap pengguna hanya dibolehkan menggunakan sebanyak 8 aksara sebagai "userid". Kawan saya telah mencadangkan nama tersebut dimana ia adalah gabungan nama saya dengan nama bapa saya. Ianya berbunyi SHAHAR A B dan bukan seperti yang selalu disebut sebagai SHAHARAB.

Saya berharap agar penjelasan ini dapat memberikan penjelasan yang sempurna mengapa saya menggunakan "nickname" tersebut.

Sekian, wassalam.