Ahad, 20 April 2008

Telur atau Ayam?

Telur atau ayam? Satu soalan yang sering dijadikan contoh mengenai keujudan sesuatu benda. Saya akan gunakan persoalan ini dalam kontak pekerja dan majikan.

Seringkali bila kita bertanyakan dengan pekerja, mengapa tidak menunjukkan prestasi yang baik, maka jawapan yang diterima ada berbagai, antaranya "gaji ciput bang, macam mana nak kerja lebih" atau "gaji kecik, kerja kecik bang" dan sebagainya.

Bila persoalan ini ditanyakan kepada majikan, mengapa membayar gaji yang rendah atau tidak menaikkan gaji pekerja, maka jawapannya adalah, "mereka tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik" atau "tiada komitmen pada kerja", "kerja main-main" dan sebagainya.

Bagi saya, sebagai pekerja, seseorang itu hendaklah menunjukkan komitmen atau kesungguhan dalam menjalankan sesuatu tugas yang diberikan dengan sebaik mungkin. Jika tidak mendapat cukup peruntukan dari syarikat, anda bolehlah menggunakan kemudahan yang lain atau kemudahan alternatif. Bagai kata orang tua-tua, tiada rotan akar pun berguna.

Sebagai majikan, pemantauan keatas pekerja hendaklah dijalankan secara berhemah. Pada pekerja yang menunjukkan prestasi yang memuaskan, hendaklah dibayar dengan setimpal.
Berbalik kepada persoalan telur atau ayam, hanya pengkaji sejarah atau biologi yang mempunyai jawapannya. Kedua-duanya adalah makanan untuk menerus kehidupan manusia. Fikir dan renungkan.

Wassalam.

Tiada ulasan: