Rabu, 10 November 2010

Sungai Gabai

Minggu lepas, 7 November, selepas 2 hari terperap kat rumah, aku mengambil keputusan untuk membawa anak-anak kesungai. Dari rumah aku, ada 3 pilihan, iaitu Sungai Tekala, Sungai Tekali atau Sungai Gabai. Sungai Tekala dan Tekali telah pun kami ziarahi sebelum ini.

Keputusan hanya dibuat selepas melalui pekan Batu 18, Hulu Langat untuk mencuba ke Sungai Gabai. Semasa kami sampai lebih kurang pukul 11 pagi, kereta telah memenuhi parkir disepanjang jalan selepas pintu gerbang utama. Selepas membayar RM4 sebagai sewaan pakir yang dikutip oleh pihak JKKK, kami pun mengeluarkan bekalan dan menuju kekawasan perkelahan yang disediakan. Dekat 300 meter juga berjalan kaki dan memanjat cerunan bukit.

Kawasan air terjun didapati memuaskan dan bersih. Disediakan bilik air dan persalinan serta surau. Kami memanjat anak tangga untuk menaiki keperingkat pertama air terjun. Selepas itu, beratus-ratus lagi anak tangga perlu dinaiki untuk keperingkat kedua. Isteriku dah lelah untuk memanjat dan membuat keputusan untuk berhenti dipertengahan jalan dimana terdapat wakaf yang tiada berbumbung. Kami membuka bekalan disitu.

Budak-budak apa lagi, celapak masuk air lah dan aku meneruskan pendakian untuk sampai keperingkat kedua. Diperingkat ini, terdapat satu kawasan lapang yang disediakan untuk berkhemah dan beberapa bangunan untuk berteduh. Ramai pengunjung disini dan terdapat beberapa pelajar luar negeri sedang menjalankan aktiviti mengambil gambar, mungkin untuk projek mereka.
Memandang keatas, terdapat lima lagi peringkat untuk sampai keperingkat yang paling atas. Aku cuma dapat tengok jer, sebab pakai selipar. Kalau pakai but 'junggle tracking' mau aku sampai keatas tu.

Cuaca sangat elok, mendung jer. Memang sesuai untuk bersantai, cuma sesekali terasa seperti hujan akan turun. Jam 1:30 petang, kami berjalan keluar. Memang ramai pengunjung pada hari ini, masih ada beberapa buah kenderaan yang baru tiba . Kawasan tempat kami parkir telah penuh dan kereta memenuhi kiri-kanan jalan tersebut sehingga hampir 250 meter dari tempat kami pakir.

Menyusuri jalan menuju ke Kuala Kelawang, dengan jalan yang berliku-liku yang memang menjadi 'sorga' pada para bikers, kami cuba singgah di kawasan Jeram Toi pulak. Tapi berpatah balik kerana ramai pengunjung dan waktu pun dah hampir 3 petang. Meneruskan perjalan sehingga sampai kekawasan Ampangan. Kami berpatah balik untuk ke Jabatan Perhidmatan Veterinar yang terletak di Batu 6, Jalan Pantai. Terdapat mini zoo disana dan pengunjung dibenarkan melawat walaupun pada hari Ahad, tetapi perlu mendapat kebenaran pengawal dan mengisi buku lawatan. Terdapat ostrich, rusa, kerbau, kambing, unta, monyet dan beberapa jenis burung dipelihara disini.



Kami balik ke Sungai Merab melalui lebuhraya LEKAS, sebab nak lekas sampai kerumah. Sebelum itu memulihkan tenaga dengan berhenti makan dan minum (R&R) di Restoran D'Pantai, dipintu masuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Tiada ulasan: