Selasa, 16 November 2010

Wajah Siapa Di Wang Kertas


Kenalkah anda dengan wajah yang terpapar kepada kesemua wang kertas yang dikeluarkan selepas merdeka di negara ini?

Wajah tersebut adalah kepunyaan Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960), Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu. Al-MarhumTuanku juga merupakan Yang di-Pertuan Besar Seri Menanti yang kelapan dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang kedua.

Al-Marhum Tuanku dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama pada 13 September 1957 selepas menyambut kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dari pihak British. Perlantikkan ini berkuatkuasa untuk tempuh selama lima tahun.

Pada 1 April 1960, Al-Marhum Tuanku telah menghembuskan nafas yang terakhir didalam tidur dan tidak sempat untuk menamatkan tempuh perlantikkan Baginda. Al-Marhum hanya sempat memerintah selama 2 tahun 6 bulan dan 18 hari sahaja.

Selepas ini jika anak anda bertanya, gambar siapakah ini?, maka anda telah mempunyai jawapannya.

Tiada ulasan: