Selasa, 16 November 2010

RM5 1986-1987 Salib


Dimensi: 125 x 68mm
Bahan digunakan: Kertas
Warna: Pelbagai warna
Tandatangan Gabenor: Dato' Jaafar Hussein
Tahun dikeluarkan: 1986 - 1987 Tiada dinyatakan
Diukir/Dicetak oleh:Thomas De La Rue & Co. Ltd., England
Keadaan simpanan: Fine
Catitan tambahan: Ditarik balik setelah mendapat bantahan umum mengenai struktur tiang bendera yang berpalang, kelihatan seolah-olah sebatang salib. Digantikan dengan rekabentuk yang sama tanpa palang pada tiang bendera tersebut.

Sumber: Standard Catalogue of Malaysia Singapore Brunei Coin & Paper Money, 19th Edition, Steven Tan, ISSN 0126-9682, ISBN: 983-9650-02-05, Publish by International Stamp & Coin Sdn Bhd, Kuala Lumpur, May 2000.

Wajah Siapa Di Wang Kertas


Kenalkah anda dengan wajah yang terpapar kepada kesemua wang kertas yang dikeluarkan selepas merdeka di negara ini?

Wajah tersebut adalah kepunyaan Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960), Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu. Al-MarhumTuanku juga merupakan Yang di-Pertuan Besar Seri Menanti yang kelapan dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang kedua.

Al-Marhum Tuanku dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama pada 13 September 1957 selepas menyambut kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dari pihak British. Perlantikkan ini berkuatkuasa untuk tempuh selama lima tahun.

Pada 1 April 1960, Al-Marhum Tuanku telah menghembuskan nafas yang terakhir didalam tidur dan tidak sempat untuk menamatkan tempuh perlantikkan Baginda. Al-Marhum hanya sempat memerintah selama 2 tahun 6 bulan dan 18 hari sahaja.

Selepas ini jika anak anda bertanya, gambar siapakah ini?, maka anda telah mempunyai jawapannya.

RM1 1981 - 1983


Dimensi: 121 x 64mm
Bahan digunakan: Kertas
Warna: Pelbagai warna
Tandatangan Gabenor: Tan Sri Abdul Aziz bin Taha
Tahun dikeluarkan: 1981 - 1983 Tiada dinyatakan
Diukir/Dicetak oleh:Bradbury, Wilkinson & Co. Ltd., England
Keadaan simpanan: Fine


Sumber: Standard Catalogue of Malaysia Singapore Brunei Coin & Paper Money, 19th Edition, Steven Tan, ISSN 0126-9682, ISBN: 983-9650-02-05, Publish by International Stamp & Coin Sdn Bhd, Kuala Lumpur, May 2000.

RM1 1982 - 1984


Dimensi: 120 x 64mm
Bahan digunakan: Kertas
Warna: Pelbagai warna
Tandatangan Gabenor: Tan Sri Abdul Aziz bin Taha
Tahun dikeluarkan: 1982 - 1984 Tiada dinyatakan
Diukir/Dicetak oleh:Bradbury, Wilkinson & Co. Ltd., England
Keadaan simpanan: Fine


Sumber: Standard Catalogue of Malaysia Singapore Brunei Coin & Paper Money, 19th Edition, Steven Tan, ISSN 0126-9682, ISBN: 983-9650-02-05, Publish by International Stamp & Coin Sdn Bhd, Kuala Lumpur, May 2000.

Ahad, 14 November 2010

Numismatics - Mengred Siling dan Wang Kertas

Keadaan rupa bentuk sesuatu siling atau wang kertas memainkan peranan dalam menentukan nilai barangan tersebut. Lagi cantik keadaannya, maka lagi mahal ia dinilai. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah keluaran pada tahun yang tertentu atau yang sukar didapati, gred yang agak rendah boleh diterima pakai.

Berikut adalah istilah yang telah diguna pakai dalam menentukan keadaan siling atau wang kertas yang tertera didalam 'Standard Catalogue of Malaysia Singapore Brunei Coin & Paper Money' edisi 19 (2010 - 2012), oleh Steven Tan, keluaran International Stamp & Coin Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Keadaan Siling

PROOF - Dikeluarkan dalam jumlah yang terhad dengan kualiti yang lebih tinggi dari cetakan biasa. Keadaan ini boleh dilihat dari ciri-ciri seperti ketajaman pada bahagian yang timbul dan permukaan yang berkilat.

B.U. - Brilliant Uncirculated adalah hasil dari pengeluaran yang bermutu tinggi untuk digunakan umum dan tiada terdapat kesan ianya digunakan.

UNC. - Uncirculated pula adalah seperti B.U. tetapi terdapat kesan semasa ia dipindah dari kilang.

E.F. - Extremely Fine adalah siling yang terdapat sedikit tanda hakisan pada bahagian yang timbul, seperti hujung rambut dan bahagian tengah logo.

V.F. - Very Fine adalah siling yang menunjukkan hakisan pada bahagian seperti perkataan dan bahagian yang timbul dimana kelihatan dengan jelas.

F. - Fine adalah siling yang terhakis dengan agak banyak, terutama pada bahagian hujung rambut dan bahagian logo. Mungkin terdapat kesan calar terutama pada bahagian bucu.

V.G. - Very Good tetapi siling mempunyai kesan calar dan lekukan dan menunjukkan keadaan hakisan yang ketara dibahagian yang timbul.

Keadaan Wang Kertas

UNC. - Uncirculated atau dalam keadaan mint. Tiada kesan langsung yang ianya pernah digunakan. 100% baru.

E.F. - Extremely Fine seperti UNC tetapi mempunyai kesan lipatan yang ringan atau pernah digunakan. 85% baru.

V.F. - Very Fine menunjukkan ianya telah digunakan dengan kesan lipatan, sedikit terperonyok atau sedikit kotor. Bahagian tepi sempurna. 65% baru.

F. - Fine adalah wang kertas yang telah digunakan dan agak lusuh. Ianya tidak licin dengan kesan lipatan, terperonyok dan kotor atau mungkin terkoyak sedikit dibahagian tepinya. 50% baru.

V.G. - Very Good adalah keadaan wang kertas yang rosak dan kotor. Ianya sudah lusuh dengan koyakan pada bahagian tepi tetapi masih kelihatan rupabentuknya. 35% baru.

Dengan mengetahui pengredan atau pengkelasan yang dibuat, bagi peminat numismatic dapatlah menilai sesuatu barangan dengan lebih terperinci serta meletakkan harga yang sesuai untuk tawaran penjualan dan tawar-menawar pembelian dengan harga yang berpatutan.

Jumaat, 12 November 2010

King Edward V, Siling 1/2 sen 1932


Nama: King Edward V
Bahan digunakan: Bronze
Kawasan digunakan: Straits Settlements
Tahun dikeluarkan: 1932
Jumlah dikeluarkan: 5,000,000 unit
Keadaan simpanan: Fine

Sumber: Standard Catalogue of Malaysia Singapore Brunei Coin & Paper Money, 15th Edition, ISSN 0126-968, Publish by International Stamp & Coin Sdn Bhd, Kuala Lumpur, May 2000, Steven Tan.

Numismatics

Apa itu Numismatics?

Numismatics adalah kajian atau mengumpul sebarang jenis matawang, baik siling, wang kertas, token dan sebarang barang yang digunakan sebagai matawang.

Numismatists pula adalah mereka yang melakukan kajian atau pengumpul numismatics yang merangkumi kajian mengenai matawang atau sebarang pengantara untuk membayar hutang atau penukaran barangan (jual-beli).

Jika ketiadaan sistem matawang seperti dahulu kala, sistem pertukaran barang dijadikan asas dalam sistem jual-beli. Pertukaran keatas barang yang setara nilai atau dengan barang yang biasa didapati. Ini termasuk barangan seperti kulit siput, logam berharga atau batu permata.

Terdapat 3 jenis numismatists yang dikenal pasti iaitu Exonumia, Notaphily dan Scripophily.

Exonumia adalah pengkajian mengenai jenis siling yang diguna pakai termasuk token, pingat kebesaran dan sebarang barangan berbentuk siling bertujuan untuk jual-beli atau sebagai peringatan.

Notaphily pula adalah pengkajian mengenai wang kertas dan seumpamanya.

Scripophily mensasarkan kepada stok atau bond yang mempunyai nilai sejarah dan berkaitan dengan peristiwa tertentu.

Di Malaysia, Bank Negara Malaysia mempunyai sebuah musium yang menyimpan maklumat tentang sejarah matawang yang pernah dan sedang digunakan sehingga kehari ini.

Mengapa saya membuat pengenalan mengenai hobi yang pelik ini? Ini adalah kerana saya juga menjadi salah seorang numismatists.

Koleksi saya tidaklah sehebat numismatists yang lain, cuma beberapa siling dan wang kertas sahaja.


Bagi peminat di Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur, mereka boleh mencari disekitar Jalan Pasar, Pasar Seni dan sebagainya. Terdapat syarikat dan juga individu yang menjual melalui internet.

Rabu, 10 November 2010

Sungai Gabai

Minggu lepas, 7 November, selepas 2 hari terperap kat rumah, aku mengambil keputusan untuk membawa anak-anak kesungai. Dari rumah aku, ada 3 pilihan, iaitu Sungai Tekala, Sungai Tekali atau Sungai Gabai. Sungai Tekala dan Tekali telah pun kami ziarahi sebelum ini.

Keputusan hanya dibuat selepas melalui pekan Batu 18, Hulu Langat untuk mencuba ke Sungai Gabai. Semasa kami sampai lebih kurang pukul 11 pagi, kereta telah memenuhi parkir disepanjang jalan selepas pintu gerbang utama. Selepas membayar RM4 sebagai sewaan pakir yang dikutip oleh pihak JKKK, kami pun mengeluarkan bekalan dan menuju kekawasan perkelahan yang disediakan. Dekat 300 meter juga berjalan kaki dan memanjat cerunan bukit.

Kawasan air terjun didapati memuaskan dan bersih. Disediakan bilik air dan persalinan serta surau. Kami memanjat anak tangga untuk menaiki keperingkat pertama air terjun. Selepas itu, beratus-ratus lagi anak tangga perlu dinaiki untuk keperingkat kedua. Isteriku dah lelah untuk memanjat dan membuat keputusan untuk berhenti dipertengahan jalan dimana terdapat wakaf yang tiada berbumbung. Kami membuka bekalan disitu.

Budak-budak apa lagi, celapak masuk air lah dan aku meneruskan pendakian untuk sampai keperingkat kedua. Diperingkat ini, terdapat satu kawasan lapang yang disediakan untuk berkhemah dan beberapa bangunan untuk berteduh. Ramai pengunjung disini dan terdapat beberapa pelajar luar negeri sedang menjalankan aktiviti mengambil gambar, mungkin untuk projek mereka.
Memandang keatas, terdapat lima lagi peringkat untuk sampai keperingkat yang paling atas. Aku cuma dapat tengok jer, sebab pakai selipar. Kalau pakai but 'junggle tracking' mau aku sampai keatas tu.

Cuaca sangat elok, mendung jer. Memang sesuai untuk bersantai, cuma sesekali terasa seperti hujan akan turun. Jam 1:30 petang, kami berjalan keluar. Memang ramai pengunjung pada hari ini, masih ada beberapa buah kenderaan yang baru tiba . Kawasan tempat kami parkir telah penuh dan kereta memenuhi kiri-kanan jalan tersebut sehingga hampir 250 meter dari tempat kami pakir.

Menyusuri jalan menuju ke Kuala Kelawang, dengan jalan yang berliku-liku yang memang menjadi 'sorga' pada para bikers, kami cuba singgah di kawasan Jeram Toi pulak. Tapi berpatah balik kerana ramai pengunjung dan waktu pun dah hampir 3 petang. Meneruskan perjalan sehingga sampai kekawasan Ampangan. Kami berpatah balik untuk ke Jabatan Perhidmatan Veterinar yang terletak di Batu 6, Jalan Pantai. Terdapat mini zoo disana dan pengunjung dibenarkan melawat walaupun pada hari Ahad, tetapi perlu mendapat kebenaran pengawal dan mengisi buku lawatan. Terdapat ostrich, rusa, kerbau, kambing, unta, monyet dan beberapa jenis burung dipelihara disini.



Kami balik ke Sungai Merab melalui lebuhraya LEKAS, sebab nak lekas sampai kerumah. Sebelum itu memulihkan tenaga dengan berhenti makan dan minum (R&R) di Restoran D'Pantai, dipintu masuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Selasa, 6 April 2010

Pizza Hut

Pizza Hut, eat-laugh-share.

Kena sangat dengan moto tu. Dah beli kenalah makan, kalau tak makan, rugi pulak, sebji pizza regular harga dia lebih dua puluh hinggit.

Laugh, gelakkan pelanggan yang tercongok-congok tunggu order, kata dalam 20 puluh minit siap. Aku round beli kopi, beras, biskut dan sebijik gelas, pastu hantar kat kete, dalam 35 minit, bila nak ambik, kena tunggu lagi lima minit, baru nak keluar oven. Melangut pulak, nasib baik ada butang boleh tekan-tekan, tengok nombor meja terpampang di dinding, he he.... order disiapkan pada pukul 21:35...

share, dah bawak balik umah kongsilah dengan anak bini makan piza yang jadi sedap sebab tunggu sampai 50 minit baru dapat. Perut yang kosong dah jadi super kosong. Sampai kat umah pun dah sejuk, nak panaskan tak da microwave pulah, takkan nak goreng yer.... hentam sajalah labu....

Aku tenggokan dalam pondok tu mcm tak cukup orang kerja pulak, baik makan kat awe... murah, sedap dan terangkat. Sekejap jaga kaunter, sekejap cedok sup, sekejap hantar pesanan, yang lain siap main kejar-kejar lagi kat dalam bangi utama tu... tak cukup senaman ke?

Lagi best, macik ni dah la datang lambat, berbulu kening aku tengok, belek-belek piza aku yang nak sejuk tu, kenen nak cepat jer... orang lain bersabar macik, kalau tak sabar, kedai mamak ada kat depan tu...

Apa-apa pung, tingkatkan usaha dan jaga hati pelanggan anda... lepas nie kalau nak makan sedap, pi la ke perantau atau makan kat awe sg merab, masakan lokal ala tom yam... macam macam ada... (soho & caiyo aku jarang pergi, tak tau la sedap ke tidak)...

wassalam


Pak Cik Kayo

Hmm, semasa aku memandu balik rumah petang tadi, aku dapat satu sms yang akan membuatkan aku kaya atau kayap. Macam dalam gambar tu, dia cakap sim kad aku berjaya cabutan bertuah dan menang RM 10,000.00. Kayo pakcik.

Umak aih, kenapa RM10,000,00,- pulak tulisannya, macam biasa main kosong banyak kat belakang tuu. Dah la tu, Pawar rut pulak tu. Tima kacih rosham, walaupun ko tak ambil bahagian dalam abh2009 kelmarin, pemurah juga nak bagi aku rm10K.

Suruh pulak aku kontak nombor yang panjang lebar tu... umak aihh.. (dah 2 kali disebut) panjang la pulak nombor dia. Bila pulak pawar rut buka cawangan di Indonesia?

Aku kayo... aku kayo... aku kayooooooo....

He he.. tu gimik bagi orang yang sentiasa tamak nak kan lebih daripada orang lain dan sifat ini juga digunakan oleh manusia licik menjalankan tipu muslihat untuk merampas, menyamun dan mencuri duit titik peluh simangsa.

Sifat tamak ni jugalah yang menjatuhkan institusi apa sekalipun. Sikap yang tidak boleh kurang dari orang lain, mesti nak lebih dalam segala segi walaupun melebihi kemampuan diri sendiri. Akhirnya jadi pak kadok, ayam sabung menang, kampung pula tergadai, yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat...

Jadi berhati-hatilah jika mendapat sms yang serupa dengan menawarkan hadiah yang dikira tidak logik, mana logiknya, aku tak minum pun sangat produk pawar rut tu dan tak penah masuk mana-mana kontes dengan pawar rut.

Hati-hatilah, inilah nombor tersebut 006285242257967 atau mungkin menggunakan sebarang nombor yang lain.

wassalam.

Jumaat, 29 Januari 2010

Nikah Kawin

Hmm,

Aku nak cerita sikit tentang kawin nie, walaupun musim dah berlalu, nak kena tunggu bulan 3 pulak, musim cuti sekolah aka musim kawin. Yang aku nak cerita adalah tentang matematik perkahwinan, iaitu tentang usia untuk berkahwin.

Alhamdulilah, aku berkahwin dalam usia 24 tahun, dah lebih duapuluh tahun aku kawin. Ceritanya begini, kalau berkahwin dalam usia muda, kita akan untung apabila dikira mengenai usia dan anak-anak.

Anak aku yang sulong dah pun berusia duapuluh tahun dan yang bongsu sebelas tahun. Bila aku kira balik, bila usia aku limapuluh lima tahun, yang bongsu akan berusia dua puluh tahun. Kalau ada rezeki, dia dah pun masuk U. Yang lain-lain pun aku rasa dah mula bekerja.

Kalau kerja gomen, aku akan pencen (kalau umur panjang). Perbelanjaan harian tentu sudah tidak banyak. Anak-anak dah boleh survive sendiri. Inilah masa untuk honeymoon aku yang kedua, itupun kalau tak disibukkan dengan menjaga cucu.

Kalau ikutkan sunah pun, nabi (saw) berkahwin dalam usia muda (25 tahun). Jadi pada yang bujangan diluar sana, kalau dah ada rezeki, kawin dan jangan tangguh-tangguh lagi. Kiralah umur anda dan jangan bila anda menghantar anak anda kesekolah, nanti ada yang menyangka anda menghantar cucu pulak.

Rabu, 6 Januari 2010

Kerana Percayakan Siti

Kerana Percayakan Siti
Tercetus Revolusi Ini
Tapi Ironinya Cinta Kami Tak Jadi

Kerana Percayakan Siti
Lantasku Beranikan Diri
Merentas Dunia Demi Mengejar Mimpi

Mahu Bikin Benda Seni
Bukan Boleh Bikin Dengan Separuh Hati

Kerana Percayakan Siti
Kerana Terlalu ku Kasih
aku Tinggalkan Dia Untuk Suatu Hari

Mahu Bikin Benda Seni
Bukan Boleh Bikin Dengan Suka Hati

Hanya Tuhan Saja Yang Tahu
Sarat Duka aku Galas Di Kala Itu

Biar Lewat Begini Lihat Luruh Gerimis
ku Tersentuh Luruh Gerimis
Biar Lewat Begini Lihat Luruh Gerimis
Jiwa ini Bagai Dihiris

Nyanyian: Kumpulan Exists
Gubahan: G. Nol
Penulis: Loloq (Rosli Khamis)

Laguku Untukmu


Oh dunia ini penuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada keikhlasan
Apakah ini suatu pembalasan
Ku sedar kebesaranMu Tuhan

Aku bagai seorang kembara jalanan
Terumbang ambing di lautan gelora
Mencari kebahagiaan
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan
Hidup kau selalu keseorangan

( korus 1 )
Hati membeku mengingatkan
Kata janji manismu... oh...
Ku dilambung angan-angan
Belaian kasih sayang suci darimu
Oh kejamnya

( korus 2 )
Lidah tidak bertulang
Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri
Cinta di hati terkubur lagi

Tidak ku fahami mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini sudah tertulis
Kutempuhi dengan kesabaran
Kusedar kebesaranMu Tuhan...

( ulang dari korus1 )

Nyanyian: Aishah
Gubahan: Adam Ahmad
Penulis: Wan Aishah